PROGRAM SOKONGAN
BERENANG
TARIKH :
21 MAC 2019
TEMPAT :
KOLAM RENANG UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL
MALAYSIA (UPNM),
KEM SG BESI, KUALA LUMPUR
Program Sokongan Renang merupakan suatu bidang yang agak luas
bertujuan untuk mengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal,
psikologi dan spiritual kepada keadaan yang lebih baik dan normal. Dengan ini,
murid-murid bermasalah pembelajaran seperti ADHD, Sindrome Down dan Serebral
Palsi berpeluang untuk menjalani aktiviti dan program yang sama seperti
murid-murid yang normal.
Pihak sekolah sentiasa berusaha mengadakan
aktiviti luar atau lawatan sambil belajar bagi memenuhi program persekolahan.
Terapi renang dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi
pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara
serentak. Aspek-aspek keselamatan telah dipentingkan semasa aktiviti terapi
renang dijalankan. Dengan bantuan guru, murid-murid dapat melatih membina
keyakinan diri dan dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan
aktiviti-aktiviti seperti regangan. Murid-murid juga dapat meningkatkan daya
ketahanan jantung dan otot-otot rangka.
OBJEKTIF
1. Memberi pendedahan
awal kepada murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi.
2. Murid dapat
menghilangkan tekanan dan menguatkan otot kaki untuk bergerak.
3. Melahirkan perasaan
yakin dan mewujudkan perasaan gembira pada murid-murid
istimewa.
4. Murid dapat
mendengar dan mengikut arahan yang diberi.
5. Murid-murid dapat
melatih bertutur secara lancar dan membentuk sikap kerjasama
dengan rakan-rakan
mereka
6. Murid dapat
didedahkan dengan persekitaran dunia luar supaya mereka dapat
menyesuaikan
dalam sesuatu keadaan.
PELAKSANAAN
Semua pelajar berkumpul di
pondok Z & F dan guru kelas mengambil kedatangan pelajar pada hari
berkenaan seawal jam 7.30 pagi. Pada masa yang sama, borang kebenaran ibu bapa
yang telah diedarkan sebelum program dikumpulkan. Bagi pelajar-pelajar yang
gagal mengembalikan borang kebenaran ibu bapa akan dikumpulkan di satu sudut
mengikut kelas masing-masing. Seterusnya guru kelas bertindak menghubungi ibu
bapa pelajar yang gagal mengemukakan borang kebenaran aktiviti untuk
mendapatkan kebenaran mereka secara lisan.
Semua pelajar bergerak dan berkumpul
di hadapan pintu pagar sekolah untuk menaiki bas ke Kolam Renang UPNM. Pada jam
8.30 pagi, semua pelajar bergerak menaiki bas dengan diiringi guru kelas masing-masing.
Seterusnya, guru bertindak mengira bilangan pelajar yang berada dalam bas bagi
mengelakkan pelajar yang tertinggal di sekolah. Tepat jam 8.40 pagi kedua-dua
buah bas bertolak ke Kolam Renang UPNM.
Kesemua pelajar, guru pengiring dan
pembantu pengurusan murid tiba di kolam renang UPNM pada pukul 9.30 pagi. Ketua
guru pengiring berjumpa dengan jurulatih renang yang telah diiktiraf untuk
berbincang aturcara program renang yang akan dilaksanakan. Semua pelajar
diarahkan untuk menukar pakaian kokurikulum kepada pakaian renang yang sesuai
dan sopan di bilik mandi/ bilik menukar pakaian renang.
Jurulatih renang meminta guru-guru
pengiring untuk menyusun pelajar kepada tiga barisan untuk melakukan senaman
memanaskan badan sebelum turun ke kolam renang. Pelajar dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Jurulatih terdiri daripada
4 orang iaitu 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Kumpulan pelajar lelaki
diambil alih oleh jurulatih lelaki manakala kumpulan pelajar perempuan diambil
alih oleh jurulatih perempuan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran teknik
renang yang betul. Aktiviti renang berlangsung sehingga pukul 11.30 pagi. Seterusnya, semua pelajar diminta untuk
keluar dari kolam renang untuk membersihkan diri dan menyalin pakaian. Pembantu
pengurusan murid membantu pelajar yang kefungsian rendah untuk menukar pakaian
renang kepada pakaian kokurikulum.
Pelajar berkumpul di kafeteria UPNM
untuk makan tengahari pada pukul 12.15 tengahari. Pada jam 12.50 tengah hari
semua belajar diarahkan berkumpul beratur menaiki bas untuk pulang ke sekolah.
Kami tiba di SMK Bangsar (Integ) pada pukul 1.30 tengah hari.
GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan