Rabu, 18 September 2019



PROGRAM SOKONGAN 

MEMANAH

TARIKH / HARI :

18 APRIL 2019/ KHAMIS

TEMPAT :

STAR ARCHERY, BERJAYA TIMES SQUARE, KUALA LUMPUR

PENYERTAAN :

60 ORANG MURID PPKI
13 ORANG GURU
3 ORANG PPM


OBJEKTIF PROGRAM :

1. Mencungkil bakat murid dalam sukan memanah.
2. Meningkatkan tahap kesabaran, fokus dan melatih emosi positif.
3. Meningkatkan kemahiran koordinasi tangan- mata para murid.
4.Memberikan keseronokan dan meningkatkan keyakinan diri.



LAPORAN :

 Hasil kerjasama di antara AJK Pelaksana dan jurulatih- jurulatih memanah dari Star Archery, BerjayaTimes Square telah memberi impak yang besar dalam perkembangan murid PPKI SMK Bangsar. Program ini juga telah dapat mencungkil bakat beberapa orang murid yang menunjukkan minat dan kebolehan dalam sukan memanah.

  Kekuatan sepanjang aktiviti program ini dilaksanakan, murid PPKI dapat pengalaman baharu dalam program sokongan memanah. Selain itu ,murid pelbagai tahap keupayaan mendapat peluang yang sama rata untuk mencuba sukan memanah mengikut kemampuan fizikal masing- masing.

   Namun demikian terdapat juga kelemahan seperti beberapa orang murid Low Function menghadapi masalah untuk melepaskan Arrow kerana koordinasi mata- tangan yang sederhana hingga lemah.

   Walau bagaimanapun penambah baikan telah dilakukan seperti kumpulan murid low function memerlukan bantuan dan bimbingan guru sepenuhnya untuk memberi mereka semangat. Mereka perlu diberi masa rehat yang berkala untuk menstabilkan emosi dan tingkah laku.


GAMBAR-GAMBAR KENANGAN SEPANJANG PROGRAM DIJALANKAN:















Mereka sangat gembira sepanjang program memanah yang dijalankan..

💖💖🎯🎯🎯💖💖

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (PPKI) 2019 JAWATANKUASA PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) 2019 PENT...