Jumaat, 20 September 2019

PROGRAM SOKONGAN 

BOWLING

TARIKH :
2 MEI 2019

TEMPAT :
AMPANG SUPERBOWL BERJAYA TIMES SQUARE

LAPORAN :
Bowling merupakan salah satu program sokongan yang dijalankan di PPKI SMK Bangsar yang membantu meningkatkan keyakinan murid dalam bersosial. Selain itu aktiviti ini juga bertujuan untuk memberi peluang murid-murid ppki untuk bermain bowling bersama rakan-rakan. Aktiviti ini juga membantu menguatkan psikomotor kasar dan halus semasa membaling bola bowling. Selain itu, aktiviti ini juga membantu murid untuk meningkatkan kognitif mereka dalam berfikir bagaimana hendak bermain dengan baik.

Pelaksanaan aktiviti ini bermula dengan murid-murid ppki berkumpul di Daratan Ar Rahman dan mendengar taklimat daripada guru. Murid-murid bertolak pada pukul 8.00 pagi dan sampai di tempat bowling pada pukul 8.30 pagi. Murid-muri bersarapan dahulu di Mc donald. Pembahagian kumpulan di lakukan sementara menunggu tempat bowling beroperasi pada pukul 10.00 pagi.  Semua murid bermain sebanyak satu pusingan sahaja.
Aktiviti ini selesai pada pukul 12.15 tengahari dan bertolak balik ke sekolah pada 12.30 tengahari dan sampai di sekolah pada pukul 1.00 petang

Secara keseluruhan aktiviti ini berjaya mencongkel bakat murid-murid dalam bermain bowling dan akan di ketengahkan semasa Pertandingan bowling PPKI peringkat negeri nanti. Selain itu murid berasa gembira kerana telah diberi peluang bermain bowling dan berseronok dengan kawan.


KENANGAN SEPANJANG AKTIVITI BOWLING DIJALANKAN...






















TAHNIAH SEMUA....
πŸ’–πŸ’–πŸŽ³πŸŽ³πŸŽ³πŸ’–πŸ’–

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (PPKI) 2019 JAWATANKUASA PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) 2019 PENT...