Isnin, 16 September 2019


PROGRAM SOKONGAN 
BERKUDA

Tarikh:
18 Jun 2019

Masa:
8.00 pagi hingga 10.00 pagi (Aktiviti Berkuda)
           10.30 pagi hingga 2.00 petang (Aktiviti Penghayatan Ilmu)

Tempat:
Kawasan Rekreasi Berkuda DBKL, Taman Tasik Titiwangsa
                Perpustakaan Negara.

Bilangan pelajar terlibat:
28 orang pelajar PPKI dari kelas K1, K5, K7 dan K8

Bilangan guru terlibat:
5 orang guru terlibat termasuk 2 orang PPM


Laporan Ringkas:


            Semua pelajar dari 4 kelas iaitu K1, K5, K7 dan K8 terlibat dalam program sokongan berkenaan dan mereka bertolak ke 2 tempat berkenaan dengan menaiki bas dengan diringi oleh 5 orang guru termasuk 2 orang PPM. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelajar semasa di kawasan rekreasi berkuda adalah menaiki kereta kuda dan menunggang kuda secara sendirian. Keseluruhannya semua pelajar terlibat dalam aktiviti yang dijalankan dan terdapat pelajar yang sanggup mencuba ntuk menunggang kuda secara sendirian walaupun beliau takut sebelum ini. Justeru, terbuktinya bahawa program ini mampu memberikan kesan positif kepada pelajar berkenaan iaitu meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar dan meningkatkan kemahiran motor kasarnya.

            Selesai aktiviti berkuda, semua pelajar, guru dan PPM bergerak ke perpustakaan negara untuk program penghayatan ilmu. terdapat pegawai perpustakaan negara turut membawa pelajar-pelajar untuk melawat perpustakaan dewasa dan perpustakaan kanak-kanak. Di situ para pelajar dapat memilih bahan bacaan yang disukai oleh mereka dan baca. Selain itu, mereka turut berpeluang menggunakan kemudahan komputer untuk mengakses maklumat melalui talian, menonton video dan bermain permainan dalam komputer. Sebelum rombongan pelajar pulang semula ke sekolah. Semua dijemput untuk menjamu selera di foyer perpustakaan negara berikutan terdapat Majlis Rumah Terbuka yang kebetulannya dianjurkan pada hari yang rombongan pelajar datang melawat.
            Kesimpulannya, rombongan pelajar selamat tiba di sekolah pada pukul 2 petang dan semua pelajar berasa sangat gembira. Program sokongan yang dijalankan pada hari ini bukan sahaja dapat mengatasi kelemahan yang dialami mereka malah memberi peluang kepada mereka untuk meneroka ilmu yang luas dan membuka mata mereka melalui pendedahan dan pembacaan yang dilakukan oleh mereka. Kelas-kelas K2, K4 dan K6 tidak dapat bersama dengan rombongan kali ini berikutan terdapat program sosialisasi yang turut dianjurkan pada hari yang sama di Wisma Harapan, Brickfields. Pelajar-pelajar dari 3 kelas ini akan mengikuti program sokongan ini pada hari akan datang iaitu pada 18 September 2019.     



GAMBAR-GAMBAR KENANGAN SEPANJANG AKTIVITI YANG DIJALANKAN...

AKTIVITI BERKUDA DI TASIK TITIWANGSA


















AKTIVITI SEPANJANG DI PERPUSTAKAAN NEGARA














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (PPKI) 2019 JAWATANKUASA PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) 2019 PENT...