Isnin, 16 September 2019


MATA PELAJARAN PERKEBUNAN

KSSMPK KEFUNGSIAN RENDAH

KELAS KHAS K5

Mata Pelajaran Perkebunan merupakan salah satu mata pelajaran kemahiran untuk murid  PPKI kefungsian rendah iaitu Kelas K5 Sepanjang aktiviti PDPC yang di jalankan , aktiviti seperti mengemas ,membersih dan menggembur tanah  kawasan kebun menjadi rutin. Selain itu, membaja pokok buah— buahan juga merupakan aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh murid 2 minggu sekali mengikut keadaan.



Projek “Bean’s Garden”

          Sementara itu Projek “Bean’s Garden” yang dijalankan adalah sebagai penanda aras pencapaian murid K5 2019. Bermula dengan menyemai biji benih kacang panjang dan kacang botol. setelah anak pokok hidup penjagaan seperti menyiram pokok, dan meletakkan baja yang bersesuaian dengan usia anak pokok supaya tidak mati. Setelah anak pokok besar dan sesuai di alihkan ke batas, murid murid di bimbing untuk mengalihkan anak pokok ke batas yang telah diletakkan pancang kayu supaya pucuk pokok kacang yang membesar akan memanjat pancang dan tali yang disediakan. Setelah proses ini selesai, murid hanya perlu menjaga pokok suapaya membesar dengan baik. Aktiviti yang dilakukan seperti, membersihkan kawasan batas kacang, menyiram pokok, memastikan pokok di letakkan baja yang sesuai, memastikan pokok tidak di jangkiti penyakit atau serangga yang boleh merosakkan pokok.


Semoga mata pelajaran ini menjadi suatu  inspirasi kepada murid terhadap tumbuh -    tumbuhan dalam mencintai alam. Disamping menimbulkan minat untuk dijadikan transisi kerjaya mereka akan datang. Amin...


MARI KITA LIHAT APA YANG ADA 
DI KEBUN KAMI....


POKOK LIMAU KASTURI DAN LIMAU NIPIS 







POKOK NENAS  JENIS MD2






PELBAGAI JENIS MANGGA 






POKOK BUAH LONGAN







 POKOK KELAPA MATAG F1



POKOK BUAH PULASAN




POKOK KUNYIT



POKOK HERBA SAMBUNG NYAWA





PROJEK BEAN’S GARDEN

PROSES PENYEMAIAN POKOK KEKACANG


MENYEMAI BIJI KACANG PANJANG

ANAK POKOK DI ALIHKAN KE BATAS YANG TELAH DILETAKKAN KAYU PANCANG






HASIL SULUNG KACANG PANJANG







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (PPKI) 2019 JAWATANKUASA PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) 2019 PENT...