Jumaat, 20 September 2019


KSSMPK KEFUNGSIAN SEDERHANA


PEMBUATAN PAKAIAN WANITA
(JAHITAN)

TAJUK :
ASAS JAHITAN

SUB TAJUK :
MENJAHIT APRON

SASARAN :
Murid kelas K1
(Kelas Jahitan)


LAPORAN :

Murid dibimbing untuk mengenal pasti jenis-jenis apron, membuat ukuran, membuat pola, memotong fabrik, menjahit fabrik, mengacu hasil jahitan dan membuat penyudah kepada apron yang dijahit. Aktiviti ini merupakan kemahiran asas yang mengikut DSKP kepada asas kemahiran jahitan sebelum murid-murid kelas K1 ni mempelajari kemahiran jahitan  tajuk Pembuatan Pakaian Wanita



MENGUKUR UNTUK MEMBUAT POLA APRON DAN UKUR PADA FABRIK




MENGGUNTING FABRIK







MENJAHIT APRON.. JAHIT MESIN DAN JAHIT TANGAN









MENGACU APRON





MEMBUAT PENYUDAH PADA APRON.. 





BEBERAPA CONTOH APRON YANG SUDAH SIAP DENGAN HIASAN YANG TELAH DIHASILKAN OLEH MURID-MURID KELAS JAHITAN...








HASIL-HASIL APRON YANG DIPAMER DAN DI GANTUNG DI DALAM KELAS JAHITAN



 WAHH!!! CANTIK-CANTIK.... ADA SESIAPA YANG NAK TEMPAH?

TAHNIAH ANAK-ANAK PPKI SMK BANGSAR KELAS JAHITAN

💖💃💃👚👚👚💃💃💖

PROGRAM SOKONGAN 

BOWLING

TARIKH :
2 MEI 2019

TEMPAT :
AMPANG SUPERBOWL BERJAYA TIMES SQUARE

LAPORAN :
Bowling merupakan salah satu program sokongan yang dijalankan di PPKI SMK Bangsar yang membantu meningkatkan keyakinan murid dalam bersosial. Selain itu aktiviti ini juga bertujuan untuk memberi peluang murid-murid ppki untuk bermain bowling bersama rakan-rakan. Aktiviti ini juga membantu menguatkan psikomotor kasar dan halus semasa membaling bola bowling. Selain itu, aktiviti ini juga membantu murid untuk meningkatkan kognitif mereka dalam berfikir bagaimana hendak bermain dengan baik.

Pelaksanaan aktiviti ini bermula dengan murid-murid ppki berkumpul di Daratan Ar Rahman dan mendengar taklimat daripada guru. Murid-murid bertolak pada pukul 8.00 pagi dan sampai di tempat bowling pada pukul 8.30 pagi. Murid-muri bersarapan dahulu di Mc donald. Pembahagian kumpulan di lakukan sementara menunggu tempat bowling beroperasi pada pukul 10.00 pagi.  Semua murid bermain sebanyak satu pusingan sahaja.
Aktiviti ini selesai pada pukul 12.15 tengahari dan bertolak balik ke sekolah pada 12.30 tengahari dan sampai di sekolah pada pukul 1.00 petang

Secara keseluruhan aktiviti ini berjaya mencongkel bakat murid-murid dalam bermain bowling dan akan di ketengahkan semasa Pertandingan bowling PPKI peringkat negeri nanti. Selain itu murid berasa gembira kerana telah diberi peluang bermain bowling dan berseronok dengan kawan.


KENANGAN SEPANJANG AKTIVITI BOWLING DIJALANKAN...






















TAHNIAH SEMUA....
💖💖🎳🎳🎳💖💖

TRANSISI KERJAYA

LAWATAN KE PIZZA 

TARIKH : 
11 JULAI 2019 

LAPORAN :

Aktiviti lawatan transisi kerja ke pizza  telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada murid ppki SMK Bangsar salah satu kerjaya yang mereka boleh pilih apabila tamat ber sekolah nanti. Aktiviti yang di jalankan sepanjang lawatan ini ialah membuat sendiri topping pizza mengikut sukatan yang ditetapkan, membakar pizza di kawasan dapur dan menikmati pizza yang dimasak sendiri


Mari kita lihat apa aktiviti yang mereka lakukan sepanjang lawatan di pizza..














Wah!! seronoknya mereka...dapat belajar membuat sendiri topping pizza dan dapat makan pizza yang mereka buat sendiri...

PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (PPKI) 2019 JAWATANKUASA PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) 2019 PENT...