LAWATAN
LAWATAN LUAR
JOHOR DAN SINGAPURA
TARIKH :
4 HINGGA 6 SEPTEMBER 2019
KUMPULAN SASARAN :
MURID PPKI 30 ORANG
GURU 8 ORANG
LAPORAN :
HARI PERTAMA :
Rombongan berkumpul di sekolah seawal pukul 4.00 dan bertolak dari sekolah ke Johor lebih kurang 5.45 pagi. Pada pukul 10 45 pagi rombongan Penanda aras PPKI SMK Bangsar telah sampai di SMK SEKOLAH TAMAN DAYA Johor Bahru. Kami di sambut dengan baik oleh pihak Ppki SMK Taman Daya. KAmi di sajikan dengan hidangan makan tengahari dan mendengar sedikit taklimat daripada pihak sana sebelum dibawa melawat di sekitar PPKI SMK Taman Daya. Pelbagai pengalaman dan aktiviti yang kami lihat di laksanakan di sana dan kami juga diberi peluang membuatnya dan berkongsi ilmu.Rombongan kami berada di sana hingga 1.30 petang.
Setelah itu , rombongan kami bertolak pula ke KFC dan mengambil makanan percuma dan terus bertolak ke Petrosains Playsmart di Johor Bahru. Pelbagai aktiviti yang dijalankan di sana dan murid didedahkan dengan dunia sains dan seronoknya sains. Rombongan kami berada di Petrosains dr pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang.
Selepas itu, rombongan kami bertolak ke Skudai untuk check ini hotel iaitu Hotel Leverage Skudai sekitar pukul 6.30 petang dan sebelah malamnya selepas makan malam , murid-murid di beri taklimat ringkas oleh guru untuk perjalanan hari ke dua ke Singapura. Murid berehat dan tidur pada pukul 11.00 malam.
HARI KE 2
Semua peserta rombongan bangun dan bersiap pada pukul 6.30 pagi dan bersarapan di hotel sebelum memulakan perjalanan ke Singapura. Rombongan sampai ke Universal Singapura Studio (USS) pada pukul 11.30 pagi. Mereka menjelajah dan membina keyakinan diri dan jati diri dengan aktiviti yanag sesuai sepanjang di USS. Mereka berada di USS sehingga pukul 6.30 Petang dan bertolak balik ke hotel pada pukul 7.00 Malam. Pada sebelah malamnya pula mereka diberi taklimat untuk perjalanan esok dan berehat secukupnya.
HARI 3
Peserta rombongan bersarapan di hotel pada pukul 7.00 pagi dan bersiap untuk check out hotel. Pada pukul 9.00 semua sudah check out dar hotel dan bertolak untuk pergi beraktiviti sosialisasi di Premium Outlet Johor Bahru. Sesampainya disama lebih kurang pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari, murid didedahkan bagaimana urusan jual beli berlaku, aktiviti kira bajet dan bersosial dan berinteraksi dengan suasan di sana. Aktiviti akan membantu memperbaiki sosial mereka dengan orang di sekeliling. Pada tengahari meerka telah disajikan dengan makanan MCD untuk makan tengahari. Pada pukul 2.30 petang rombongan PPKI SMK Bangsar bertolak balik ke Kuala Lumpur dan sampai di sekolah pada pukul 7.30 malam.
Kenangan sepanjang perjalanan menjadi memori terindah buat PPKI SMK Bangsar..
πππππ
πππππ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan